Thursday, March 31, 2011

erien & zifi part 4


outdoor erien & zifi

tarikh: 6 mac 2011
masa: 6.00 petang
fotografer rasmi: shukriothman photography
kerjasama krew zxara.com:






selamat berbahagaia!

Thursday, March 17, 2011

erien & zifi part 3

majlis persandingan erien & zifi

tarikh: 6 mac 2011
masa: 1.30 petang
fotografer rasmi: shukriothman photography
kerjasama krew zxara.com:


krew zxara.com (azmie hamid, shukri othman, syafrin senpai & naim lud) yang tidak ketinggalan merakamkan kenangan bersama pasangan mempelai di pelamin raja sehari. tahniah erien & zifi!

erien & zifi part 2

majlis pernikahan erien & zifi

tarikh: 6 mac 2011
masa: 10.00 pagi
fotografer rasmi: shukriothman photography
kerjasama krew zxara.com: azmiehamid photography


Wednesday, March 16, 2011

erien & zifi part 1

majlis malam berinai erien

assalamualaikum wbt. pada 5 & 6 mac 2011 yang lalu, berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang pasangan erien & zifi yang menjadi raja sehari di kg. maju jaya, johor bahru. majlis yang berlangsung dimulakan dengan acara berinai pada 5 mac 2011, sebelah malamnya. acara berinai ini turut disertai oleh krew zxara.com iaitu naim dan syafrin, bersama-sama membantu dan mencari pengalaman dalam menguruskan pakej fotografi untuk sesebuah majlis perkahwinan.

sebanyak 3 jenis pakaian yang dikenakan erien pada malam tersebut dengan sentuhan halus dari kak nika, gemini bridal. amat mudah berurusan dengan erien, model sambilan yang dengan senang menggayakan perbagai aksi yang tak perlu disuruh. kalau lah semua mempelai macam ni, memang senang kerja. apapun, tahniah kepada erien dengan kerjasama yang beliau berikan pada malam tersebut dapatlah saya menghasilkan sentuhan terakhir yang mudah. saya paparkan beberapa keping hasil dari majlis malam berinai tersebut.

pakaian tradisi melayu



pakaian tradisi jawa

pakaian tradisi cina


itu sahaja paparan majlis malam berinai erien, nantikan lebih banyak lagi hasil kerja shukri othman photography untuk majlis nikah, sanding dan outdoor yang gilang gemilang dari pasangan mempelai erien & zafi dalam paparan akan datang. jangan ketinggalan untuk paparan erien & zifi part 2.


Sunday, March 13, 2011

aqiqah dan cukur jambul nur dayana qaleesha

assalamualaikum wbt. agak lama saya tak update blog ini, almaklumlah, musim kenduri kendara sekarang ni menyebabkan saya tak lekang dengan tugas untuk merakamkan setiap detik manis yang menjadi kenangan kepada anda semua.

pada 26 februari 2011 yang lalu, saya ditugaskan merakamkan suasana majlis aqiqah dan cukur jambul baby nur dayana qaleesha binti mohd shahidan di taman tunku puan chik, bahau, negeri sembilan. majlis yang gilang gemilang ini dimulakan dengan bacaan berzanji, selawat, berendoi dan seterusnya cukur jambul. suasana cantik, merah jambu menghiasi buaian baby qaleesha yang menyerlahkan kecomelannya. ini adalah antara hasil kerja yang sempat saya paparkan kepada anda semua.