Tuesday, December 28, 2010

zura & ayoub

assalamualaikum semua.. dah lama saya tak update blog saya ni.. almaklumlah, kerja banyak, sebok bercuti hujung-hujung tahun ni.. alhamdulillah, semuanya dalam perancangan yang baik dan tersusun..

majlis walimatul urus kali ni saya rakamkan antara pasangan sepupu saya sendiri, comel, kiut macam saya juga, dialah sepupu, dialah kawan dan dialah segalanya.. tapi tu semua berbelas tahun yang dulu.. akhirnya, beliau ke jinjang pelamin juga.. ditakdirkan bertemu jejaka macho yang tinggal berdekatan, semoga berpanjanganlah pertalian ini hendaknya..

pada kali ini, gambar yang saya rakamkan banyak saya edit untuk menaikkan mood gambar, ini pun adalah hasil eksperimen saya sendiri selepas diteliti, dibaca dan dirujuk.. mungkin ada yang suka dengan tona warnanya, mungkin juga ada yang suka pada warna asalnya.. apapun, fotografi adalah subjektif buat semua.. terpulanglah dengan penilaian masing-masing ya...

ketibaan pasangan

kelabu sedondon



bersanding



tepung tawar oleh mak pengantin

tepung tawar oleh bapa pengantin

tidak terluahkan senyuman pada hari yang penuh kenangan buat pasangan



majlis makan beradab

seri pengantin yang memukau


jelingan dan pandangan manis

romantisnya suapan pasangan


doa dan restu

tiada lain dari kami sekeluarga, hanyalah doa kebahagiaan dan restu buat pasangan mempelai.. semoga diberkati dan limpahi rahmat buat kalian.. semoga berbahgia hendaknya.. dari kami sekeluarga! tahiah zura & ayoub!

Friday, December 17, 2010

latip & faizah bertandang

assalamualaikum semua.. mesti pasangan pengantin di kuala nerang tertunggu-tungu bila la saya nak post gambar kahwin.. kepada abang latip dan ustazah faizah serta adik-beradik yang lain.. ni sebagai ada beberapa kepingan gambar yang sempat saya upload untuk tontonan anda buat sementara waktu ye.. harap anda suka la dengan gambar pilihan kali ni.. inshaAllah nanti saya uploadkan lagi..




kepenatan dalam kenderaan semasa perjalanan jauh ke kuala nerang ni tak sedikit pun membuatkan aku letih kerana ingin mengambil kesempatan yang ada untuk merakankan tiga pasangan pengantin yang diraikan buat pertama kali dalam hidup aku.. tetamu? tak usah cerita la ramainya.. walauapapun pasangan-pasangan ini tetap cool, bersahaja dan segak belaka ketika diraikan.. tahniah buat kalian..



majlis yang simple tetapi dipenuhi dengan ramai tetamu amat memeriahkan majlis pada hari itu.. walaupun pada permulaan pagi hujan, tetapi alhamdulillah menjelang ke tengahari cuaca sungguh cantik di penuhi awan menyebabkan aku tersenyum kembali untuk shooting mereka semua..

langkah seiringan..


makan beradab tiga pasangan mempelai


ustazah faizah tengah makan..


aku tak lepas peluang bergambar dengan abang latip..

Friday, December 10, 2010

shukri othman di yahoo

boleh tahan juga famous aku nih.. hehehe.. kali ni aku di senarai no. 3 di yahoo di dunia..


facebook aku di tangga ke 3 dalam yahoo.. soalan yang sama, anda bagaimana, cubalah!

shukri othman di google

aku try google 'shukri othman' tadi dan ini hasilnye...

anda bagaimana? cubelah google nama anda...

Wednesday, December 8, 2010

latip & faizah part 2

assalamualaikum semua. sekali lagi saya ingin kongsikan beberapa lagi kepingan gambar yang telah dirakamkan bersempena majlis pernikahan saudara latip dan ustazah faizah atas sebab permintaan.. gambar ini disedut dari album mereka yang mata pada mata saya agak menarik untuk dikongsikan bersama..

majlis akad nikah di masjid pasoh 1

"hendaklah kamu memelihara kehidupan kamu dengan penuh tanggungjawab.." khutbah dibacakan oleh jurunikah..



hanya beliaulah yang tahu bagaimana debaran perasaan letika diijab kabul.. ape ye perasaan ustazah?


dengan konfidennya abang latip, wajah yang tenang, sentiasa ditemani senyuman yang x pernah lekang..


akhirnya, kau milikku.. menjadi isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata dan penawar hati..









majlis pertukaran hantaran, penyerahan mas kahwin dan batal wudu'


mas kahwin


senyuman dalam keikhlasan bagi mempelai yang dirai.. tahniah buat kalian..
makan beradab dan gambar keluarga serta sahabat handai












majlis yang simple tapi cukup meriah dengan tetamu yang datang.. mana taknye, satu sekolah datang kerumuni kediaman ustazah faizah ni.. tu baru sekolah, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan persatuan lagi.. anyway, saya ucapkan ribuan terima kasih buat keluarga kalian.. semoga kita berjumpa lagi di kedah pula.. hehehe.. tunggu..