Tuesday, December 28, 2010

zura & ayoub

assalamualaikum semua.. dah lama saya tak update blog saya ni.. almaklumlah, kerja banyak, sebok bercuti hujung-hujung tahun ni.. alhamdulillah, semuanya dalam perancangan yang baik dan tersusun..

majlis walimatul urus kali ni saya rakamkan antara pasangan sepupu saya sendiri, comel, kiut macam saya juga, dialah sepupu, dialah kawan dan dialah segalanya.. tapi tu semua berbelas tahun yang dulu.. akhirnya, beliau ke jinjang pelamin juga.. ditakdirkan bertemu jejaka macho yang tinggal berdekatan, semoga berpanjanganlah pertalian ini hendaknya..

pada kali ini, gambar yang saya rakamkan banyak saya edit untuk menaikkan mood gambar, ini pun adalah hasil eksperimen saya sendiri selepas diteliti, dibaca dan dirujuk.. mungkin ada yang suka dengan tona warnanya, mungkin juga ada yang suka pada warna asalnya.. apapun, fotografi adalah subjektif buat semua.. terpulanglah dengan penilaian masing-masing ya...

ketibaan pasangan

kelabu sedondon



bersanding



tepung tawar oleh mak pengantin

tepung tawar oleh bapa pengantin

tidak terluahkan senyuman pada hari yang penuh kenangan buat pasangan



majlis makan beradab

seri pengantin yang memukau


jelingan dan pandangan manis

romantisnya suapan pasangan


doa dan restu

tiada lain dari kami sekeluarga, hanyalah doa kebahagiaan dan restu buat pasangan mempelai.. semoga diberkati dan limpahi rahmat buat kalian.. semoga berbahgia hendaknya.. dari kami sekeluarga! tahiah zura & ayoub!

No comments:

Post a Comment