Monday, November 22, 2010

baharudin & emiliana part 1

 akad nikah: kediaman kak mah (taman kempas permai)

aku cukup tersentuh ketika moment ni.. hanya empunya diri sahaja yang tahu perasaannya ketika itu..
majlis sanding: ruang parkir kereta taman kempas permai
outdoor: danga bay
fotografer yang terlibat: remy (criticalepisode)
 


majlis perkahwinan dua mempelai ini berlangsung pada 20 dan 21 november yang lepas. majlis yang disambut sederhana tetapi gilang gemilang (macamana tu?) cukup menguji ketahanan fizikal dan mental aku dalam merakamkan saat-saat indah mereka. pasangan abang bahar dan emie cukup sempoi, slamber dan happening menghilangkan rasa kepenantan bile meneliti semua foto-foto mereka.. memang enjoy habess!! kepada pasangan, aku ucapkan tahniah dan selamat berbahagia serta terima kasih tak terhingga kepada keluarga kak mah, taman kempas permai yang banyak membantu (dari segi makan dan minum, hehe).. tak lupa juga sedara mara, sahabat handai pasangan yang turut menjayakan outdoor pasangan ini.. korang memang sempoi! kredit kepada remy yang sudi nemankan aku dalam photoshot kali ini.. jasamu dalam membantu dan tunjuk ajar akan aku kenang..

Saturday, November 20, 2010

ioi mall kulai autoshow

Kejadian ni berlaku pada 17.11.2010 di IOI Mall Kulai. Seperti biasa aku, yang memang minat dalam pengubahsuaian kereta dari kecik sampailah sekarang, tak pernah rasa tak minat. Hehehe.. Zaman bujang aku dulu, aku penuhi hobi dengan menghias skuter, dan menghias kereta aku. Tapi bila dah berdua ni, memang slowlah part-part nak menghias kereta. Walaubagaimanapun, minat tu tetap ada tak boleh hilang. Beberapa keping gambar aku selitkan sebagai tatapan dan perkongsian bersama untuk peminat-peminat kereta modifikasi.

Wide Body & VIP











Wide-body & VIP style memang favourite modifikasi aku kalau aku ada modal. Hahaha.. Memang luar kotak pemikiran manusia biasa yang tak berapa nak ada duitnya. Hehehe.. Modifikasi jenis ni lah yang selalu melelehkan air liur aku..

Audio & Sound System








Bab Audio & Sound System ni, aku tak lah berapa minat sangat melainkan, ratusan ribu ringgit memenuhi akaun simpanan aku tanpa sebab.. Kehkehkeh.. Tapi dari segi pembikinan macam ni, bagi aku akan memenuhkan ruang kereta. Senang cerita, kalau korang nak balik kampung beraya bawak kereta ni, eloklah korang letak carrier kat atas untuk letakkan luggage korang. Tengoklah, luar jangkauan otak.

Kereta Pilihan



Kalau dari segi pilihan modifikasi, aku akan pilih yang ni. Aku tanya owner dia, dia berbelanja sekurang-kurangnya RM 50,000 untuk menghasilkan keseluruhan modifikasi. Kalau aku, better aku buat downpayment rumah untuk masa depan famili aku. Hahaha!

Penghias Majlis






Seperti biasa setiap kali autoshow kereta model-model amoi tak kan ketinggalan untuk memeriahkan pemandangan majlis. Tapi untuk dapatkan eye-contact amoi-amoi ni bukan senang melainkan korang photographer yang boleh memikat pemandangan diorang. Apa yang menyebabkan diorang pandang aku pulak??? Kihkihkih..

Tuesday, November 9, 2010

latip & faizah part 1




akad nikah: masjid pasoh 1
jamuan makan: kediaman ustazah faizah ramli

majlis yang berlansung secara sederhana ini bagaimanapun memberi aku pengalaman cara nak shooting mood macam ni. pasangan yang sepadan, ensem+cantik, saudara latip dan ustazah faizah ini banyak membantu dalam penghasilan gambar yang lebih dramatik. ramainya anak murid ustazah ni. apa-apapun selamat berbahagia buat kalian.


adee & liza


fotografer yang terlibat: abang rosli
outdoor: kebun bunga
shooting dengan abang rosli kali ni sangat santai.. pasangan pengantin yang senang dengan kami, buat ape je semua diaorang bedal.. si isterinya pun macam dah talented dengan pose.. so sekali lagi kerja menjadi mudah..

Monday, November 8, 2010

shah & aida


fotografer yang terlibat: gengambilgambar.com
majlis sanding: kediaman en. hashim, padang lebar
outdoor: teratak za'aba
teringat kembali masa shooting perkahwinan sendiri kat sini. alangkah jauh bezanya antara jadi tukang ambil gambar dengan yang diambil gambarnya. apa-apa pun pasangan yang senang bekerja, maklumlah pasangan dah biase dengan pose. senang kerja aku.. tembak je...

Thursday, November 4, 2010

zara & farhan


akad nikah: masjid kotaraya
fotografer yang terlibat: naseribrahim dan affizie idris
majlis sanding: hotel new york, johor bahru

 

fotografer yang terlibat: naseribrahim, affizie idris dan keri
pengalaman pertama shooting kat ballroom, memang cukup mencabar, lighting yang menangis. aku tak dapat join fotografer lain untuk outdoor atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. apa-apapun memang enjoy kat sini, makan pun best. tahniah zara dan farhan!