Wednesday, March 16, 2011

erien & zifi part 1

majlis malam berinai erien

assalamualaikum wbt. pada 5 & 6 mac 2011 yang lalu, berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang pasangan erien & zifi yang menjadi raja sehari di kg. maju jaya, johor bahru. majlis yang berlangsung dimulakan dengan acara berinai pada 5 mac 2011, sebelah malamnya. acara berinai ini turut disertai oleh krew zxara.com iaitu naim dan syafrin, bersama-sama membantu dan mencari pengalaman dalam menguruskan pakej fotografi untuk sesebuah majlis perkahwinan.

sebanyak 3 jenis pakaian yang dikenakan erien pada malam tersebut dengan sentuhan halus dari kak nika, gemini bridal. amat mudah berurusan dengan erien, model sambilan yang dengan senang menggayakan perbagai aksi yang tak perlu disuruh. kalau lah semua mempelai macam ni, memang senang kerja. apapun, tahniah kepada erien dengan kerjasama yang beliau berikan pada malam tersebut dapatlah saya menghasilkan sentuhan terakhir yang mudah. saya paparkan beberapa keping hasil dari majlis malam berinai tersebut.

pakaian tradisi melayu



pakaian tradisi jawa

pakaian tradisi cina


itu sahaja paparan majlis malam berinai erien, nantikan lebih banyak lagi hasil kerja shukri othman photography untuk majlis nikah, sanding dan outdoor yang gilang gemilang dari pasangan mempelai erien & zafi dalam paparan akan datang. jangan ketinggalan untuk paparan erien & zifi part 2.


4 comments: